Monday 24 June 2013

Jerebu di Malaysia...

Salam,


Jerebu? kenapa jerebu ye? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca utama jerebu ni terjadi Malaysia!!!

Sebenarnya, jerebu ni tidak elok untuk kesihatan kita. Macam-macam jenis penyakit boleh kita hadapi jika kita berada didalam persekitaran yang berjerebu ini!

Pagi tadi saya bangun tidur, keluar rumah nak menghirup udara segar, dengan rasa sangat pelik saya merasakan seolah-olah seperti berada di pergunungan everest.Terlampau tebal kabus jerebu sampai berubah suasana di persekitaran rumah saya.

Kadang-kadang  ada juga rasa nak pakai baju tebal, berdiri di tengah-tengah jerubu tu dan ambil gambar lepas tu upload di FB "Caption : aku kini berada di gunung everest...." hahaha.

Untuk mengelakkan korang terkena penyakit yang tidak diingini, sewaktu keluar rumah pakai MASK (topeng macam doktor pakai tu..) Sekurang-kurangnya korang tak menghirup udara kotor jerebu tu. Amalkan minum air mineral/air kosong banyak-banyak, ini bagi mengekalkan tubuh badan korang berada didalam keadaan yang segar kerana, jerebu ini boleh menyebabkan korang berasa lemah badan kerana chemical-chemical yang ada dalam jerebu tu tak elok sangat untuk manusia.

Lastly, jangan biarkan budak-budak kecik bermain didalam kawasan yang berjerebu.BAHAYA!!!

To be continue... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...