Thursday 27 June 2013

Mencari solusi ...

Salam,


Pernah tak secara tiba-tiba ada satu perasaan yang resah datang dalam hidup korang? Macam aku, aku mula merasa satu perasaan keliru dengan tiba-tiba. Aku seolah-oleh tak ada idea nak buat apa dengan hidup aku ni. Mula-mula aku rasa macam nak buat business construction, kemudian rasa mcam nak buat business trading, lepas tu rasa macam nak jadi agent hartanah dan last sekali rasa macam nak jadi freelance programmer pula.

Ok, untuk makluman korang semua, sekarang aku sedang menjalankan satu business bersama mak aku di Bandar Baru Bangi, Business ni mak aku punya dan aku ni lebih kurang diketogorikan sebagai orang penting dia macam  tu la(Orang kanan lebih-lebih kurang macam tu..)   

Business yang aku tengah jalankan ni berkonsepkan stockist. Stockist ni menjalankan business berasaskan FASHION(senang cite butik la).More to women fashion. Company French, Product pun French concept and material semua import. Senang cerita product semua ok la, no problem.

Satu masalah yang aku hadapi sekarang, aku kena handle business yang melibatkan perkara yang paling aku tak minat. Salah satunya berada di satu tempat seharian.!!! Aku bukannya tak suka duduk setempat, tapi aku rasa cepat bosan bila aku melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali.

Tapi, ada benda yang aku suka lakukan berulang kali antaranya programming. Yess, programming!! Macam buat website, design website, godam NOTE 2 aku, dan main game. Senang cerita, Apa-apa perkara yang melibatkan computer,gadget, IT memang aku minat belajar dan godek.

Jangan nak anggap aku ni programmer PRO ke ape ok. Aku ni cuma seorang programmer yang sangat-sangat noob lagi. Banyak lagi yang programmer pro-pro kat luar sana. Jangan nak PM aku suruh aku buat website untuk korang. Belum bersedia lagi.hahaha. Banyak lagi yang aku tengah belajar sekarang.

Tadi aku buka youtube, lepas tu aku search what should i do?? lepas tu, aku terjumpa satu video yang sangat menarik. Apa yang aku ingat, ada matsalleh tu cakap dalam video dia, "just do what you love, it will make you feel better..." Lepas aku tengok je video tu, aku mula rasa macam nak jadi programmer!Sebab bidang IT adalah minat aku dari dulu lagi.Pada masa yang sama, aku boleh tolong mak aku run business sekali. Mungkin aku akan tolong mak aku dengan online marketing!

Dengan cara ni aku boleh buat benda yang aku minat dan pada masa yang sama aku boleh tolong mak aku sekali!yeay!!! win-win situation!!!!!

Pada waktu terluang, aku boleh tulis blog dan buat video lepastu cari populariti murahan kat youtube!hahaha. Seronok tulis blog ni,cuma kena ada masa yang sesuai untuk menulis(actually menaip..)


Akhir kata, itu  jela yang aku nak story kat korang semua yang view blog aku ni(kalau view la..).Aku juga harap viewer blog aku ni bertambah la dari masa ke semasa insyaALLAH.. Sapa yang follow aku, aku akan follow balik, dont worry k. INI PASTI BUKAN JANJI..hehe



To be continue...:)

                                                                                                                                                    

Monday 24 June 2013

Jerebu di Malaysia...

Salam,


Jerebu? kenapa jerebu ye? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca utama jerebu ni terjadi Malaysia!!!

Sebenarnya, jerebu ni tidak elok untuk kesihatan kita. Macam-macam jenis penyakit boleh kita hadapi jika kita berada didalam persekitaran yang berjerebu ini!

Pagi tadi saya bangun tidur, keluar rumah nak menghirup udara segar, dengan rasa sangat pelik saya merasakan seolah-olah seperti berada di pergunungan everest.Terlampau tebal kabus jerebu sampai berubah suasana di persekitaran rumah saya.

Kadang-kadang  ada juga rasa nak pakai baju tebal, berdiri di tengah-tengah jerubu tu dan ambil gambar lepas tu upload di FB "Caption : aku kini berada di gunung everest...." hahaha.

Untuk mengelakkan korang terkena penyakit yang tidak diingini, sewaktu keluar rumah pakai MASK (topeng macam doktor pakai tu..) Sekurang-kurangnya korang tak menghirup udara kotor jerebu tu. Amalkan minum air mineral/air kosong banyak-banyak, ini bagi mengekalkan tubuh badan korang berada didalam keadaan yang segar kerana, jerebu ini boleh menyebabkan korang berasa lemah badan kerana chemical-chemical yang ada dalam jerebu tu tak elok sangat untuk manusia.

Lastly, jangan biarkan budak-budak kecik bermain didalam kawasan yang berjerebu.BAHAYA!!!

To be continue... :)

Saturday 22 June 2013

Cara mengambil tindakan..

Salam,

Bayangkan anda mempunyai 2orang pekerja yang menjadi tumpuan kepada anda.
Satu OK, satu lagi XOK. Apabila yang OK itu datang menghampiri anda untuk mengadu tentang pekerja yang XOK itu kepada anda.


"Boss, saya tengok Samad curi tulang la masa kerja boss.Kerja yang boss suruh dia buat tu semua dia tak buat, dia suruh orang lain yang buat."



"Biar betul, takkanla samad buat macam tu pula, saya tengok dia OK je."



"TENGOK memang la OK boss, Boss tengok dari mana? Saya tengok depan mata saya boss".



"Saya dengar orang cakapp dia bagos.." :)

"Dengar memang la semua bagos Boss, tapi realiti lain Boss, saya ingat Boss buang jela Samad tu Boss, Saya pun boleh buat kerja yang dia buat tu"

Tips untuk BOSS-BOSS or Manager-Manager diluar sana:

1) Jika anda ada mendengar sebarang aduan daripada pekerja anda tentang perkerja lain, pastikan anda membuat kajian tentang kesasihan aduan itu terlebih dahulu.

2) Pastikan anda sendiri yang mengumpul bukti mengenai aduan itu.

3) Jangan terus percaya pada setiap aduan tidak kiralah aduan itu dibuat oleh orang yang anda percayai, sebab everyone tells lies..

4)  Munngkin aduan yang dibuat itu ada udang disebalik batu, jadi sebelum mengambil tindakan, pastikan anda 100% yakin dengan tindakan yang anda  akan lakukan itu.

5) Buat pemerhatian kepada pihak yang membuat aduan itu sekali, kadang-kadang orang yang mengadu ni lah yang lakukan perkara sebegitu.

Jadi, setiap perkara yang kita lakukan pastikan kita tidak membuat satu kesilapan yang besar, kerana setiap tindakan yang kita lakukan akan memberi impak kepada seseorang mahupun apa yang bakal jadi pada masa akan datang.Sentiasa mengumpul bukti dan buat sedikit penyelidikan terlebih dahulu sebelum bertindak.

To be continue... :)











Thursday 20 June 2013

Usha mengusha

Salam,
  
Tadi aku baru lepas potong rambut di MICO saloon kat seksyen 8 Bangi. Tengah menunggu giliran untuk memotong rambut sambil membaca blog, tiba-tiba aku merasa sesuatu yang anih berlaku.
Rasa macam ada satu pandangan yang memandang ke arahku.Aku mula merasa resah dan gelisah.Hatiku berdetup detup tidak henti.Fikiranku mula bercelaru. Lalu aku mula untuk memandang ke arah pandangan itu.Apa yang aku dapat lihat hanyalah seorang pemotong rambut sedang memotong rambut seseorang, jadi aku sambung membaca blogku.
Sedang aku membaca blogku, aku merasa perasaan yang sama datang kembali.Dengan hati yang tabah aku memandang kembali ke arah itu.Kini aku dapat melihat apa yang memandang ke arahku ini..Benda yang memandang ke arahku ini adalah diriku sendiri didalam CERMIN dihadapanku itu.
Aku mula tertanya-tanya kenapa aku merasa seolah-olah ada sesuatu yang pelik memandang ke arahku, rupanya setelah aku tenung lama-lama ke arah cermin itu aku telah mendapat jawapannya.Rupa-rupanya cermin itu bergoyang-goyang sebab mungkin paku pada cermin itu sudah longgar.
Cerita yang aku nak sampaikan hari ini adalah, jangan selalu berfikiran negative.. Cermin je kot, dah pikir macam-macam dah..hahaha
To be continue... :)

Tension tetap tension..

Salam,

Tension!!!Korang tau tak aku tension!! Aku dah seharian buang masa sebab kau!!
Bila cakap pasal SEHARIAN ni.Pepatah melayu pernah berkata, jangan sangkakan air yang tenang, kat dalam tu tak ada buaya..Perumpamaan ni lebih kurang macam wey bro, kau ingat aku dok relax-relax ni aku tak boleh nak pi tumbuk muka hang ka satgi..haha???Aku dah la tengah tension ni!!!

Pernah tak korang rasakan benda yang sama macam aku rasakan sekarang? Cehh, tension punya pasal dari dok guna saya-awak terus tukar aku-kau..hahaha.. Apa yang aku tensionkan sekarang ni sebab ada orang janji nak renovate kedai aku, last-last tak jadi..MENYIRAP beb..

(Dengan hati yang tenang aku bercerita kat korang....)
Cerita dia macam ni, pada hari jumaat 14/6/13 aku telah set appointment dengan orang construction untuk renovate kedai aku, pada 15/6/13 aku mula mengemas kedai aku dengan mengalih semua barang-barang yang ada di showroom tu.Aku alih la barang tu ke store belakang..

Pada keesokan harinya 16/6/13 jam 10pg, aku pun pergi la ke kedai aku untuk standby nak renovate, sampai saja aku kat kedai, aku tengok takda orang kat kedai, aku pun call la orang construction tu. Nak tahu apa dia cakap? Alfie hari ni tak jadi la, sibuk sikit, len kali la..Perghhhh, aku dah la nak kena buka kedai esok, tiba-tiba dia cakap tak jadi nak renovate hari ni.

Dengan hati yang panas & rasa macam nak tumbuk muka orang tu aku mula mengemas semula kedai aku sebab memikirkan yang esok aku kena bukak kedai.Mengemas kedai ni tak jadi masalah tapi yang menjadi masalahnya ialah membuat kerja sia-sia. Kalau jadi renovate aku kemas kedai balik takpa juga, ni apa pun takda.Rasa macam bodoh juga la masa tu.Ibarat melepaskan batuk di tepi tangga macam tu.Kalau lepas batuk kira ok lagi la sebab tak penat, tpi kalau mengemas barang-barang aku yang nak bawa masuk showroom tu memang agak penat la kan..

Salah satu lagi sebab kenapa aku tension....
Aku tak boleh nak pos entry kat blog ni sebab terlampau penat..Bayangkanla, masa aku angkat barang masuk store tu cuma ambil masa dalam 2jam saja, tapi bila aku nak kemas balik barang tu, ambil masa dalam 15jam!!! dari pukul 10pg-3pg aku buat kerja tu. Yela, nak kena cuci lantai, pasang balik benda-benda yang aku cabut, susuh barang-barang tu setting electric balik, memang ambil masa yang sangat lama.Campur dengan tension aku lagi, tu yang bertambah-tambah lama nak siap..hahaha

Tapi bila aku fikir balik, mungkin ada hikmah atas semua ni berlaku.Mungkin kalau aku jadi renovate kedai ni, lagi macam-macam masalah akan berlaku ke, kita tak tau, Allah maha mengetahui, setiap berlaku pasti ada sebab yang baik dan positive.Jadi aku mula mengambil perkara ni sebagai satu perkara yang positive.Apa-apa pun, benda yang lepas tak elok dikenangkan lagi.

Kepada korang yang mengalami situasi macam aku ni, nasihat aku simple je..sebelum korang nak set appointment dengan orang, pastikan orang tu korang kenal dan tahu latar belakang dia macam mana. Buat reasearch sikit pasal dia, mungkin dia ni kaki kencinng or suka mungkir janji, dah tahu semua itu, lebih senangla untuk korang tidak ditipu.Pastikan juga korang ada black and white untuk deal-deal macam ni.Apa-apa jadi korang boleh ambil tindakan..Lastly, jangan tension-tension, sebab tension ni tak best! Apa pun tak boleh nak buat. Muka pun jadi macam biawak yang mengharapkan kasih sayang seorang mak.hahaha

To be continue... :)






Tips untuk break emergency ...

Salam,

Tadi admin baru sahaja excident langgar belakang kereta orang di depan UKM Bangi..Alhamdulillah tak ada apa-apa kecederaan berlaku..:/
Kelajuan kereta admin masa tu cuma 50km je sebab waktu tu hujan..Jarak antara kereta admin dengan kereta yang admin terlanggar tu dalam 50m..(Agak jauh gak la)...

Tapi tak tahu macam mana, boleh berlanggar juga.Bak kata orang, malang tidak berbau macam tomyam,tomyam ada la juga baunya..haha.. Mengikut pemerhatian admin selepas pelanggaran baru admin tahu apa silapnya..


Ini antara  faktor yang admin dapat tahu..
1) Waktu tu hujan, jalan licin
2) Tayar admin dah expired (tayar mati)
3) Break dengan cara yang salah

Soo admin ada sedikit tips untuk korang semua, mana la tahu kot-kot nak terkena kat korang ke..Admin tak doakan, tapi kita mestila berjaga-jaga sebelum terjadi perkara yang kita tidak inginkan berlaku, betol tak?

Tips-tips untuk break dengan betul:

Jangan tekan break FULL teros, bila kita nampak kerata hadapan kita break emergency kalau boleh kita bagi lampu tinggi dan break sedikit sedikit.. 

Soalan:
Kenapa kena bagi lampu tinggi dan tekan break sedikit-sedikit?

Jawapan:
Lampu tinggi ini untuk beri amaran kepada kerata hadapan kita yang kereta kita sudah menghampiri kereta dia.
Break sedikit-sedikit ni tujuan dia untuk memberi cengkaman break tu lebih lekat pada break pad dan ia boleh mengelakkan daripada kerata kita mengelincir ke depan..Ada kena mengena dengan hukum fizik juga la..Yang tu korang kena kaji sikit kalau nak tahu lebih mendalam..

Apa-apa pun, pastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik setiap masa, lagi-lagi break! Tayar pun main peranan penting juga.Pastikan tayar anda masih ada bunga dan tidak expired macam tayar admin..

*Tayar expired ni tayar yang dah tamat tempoh..Pada setiap tayar ada tulis sampai bila jangka hayat tayar tu boleh dipakai*


         (Nampak tak ni 4509 tu?? 09 tu mewakili tahun hayat tayar tu boleh digunakan)

To be continue... :)


Saturday 15 June 2013

Terlampau banyak cakap...

Salam,

Pernah tak korang rasa "Annoying" bila ada manusia banyak sangat bercakap tak kena masa dengan korang...
Pening tak kepala kalau hari-hari dia asyik bercakap je keje..pokpekk..pokpekk 24jam..
Kalau bercakap pasal benda yang menfaat atau benda yang ada kena mengena dengan situasi yang berlaku takpa la juga kan..


Tabiat banyak cakap ni sebenarnya satu penyakit yang akan menyakitkan hati orang lain.. Yela, cuba bayangkan, korang tengah seronok berborak pasal topic basikal, tiba-tiba dia berborak pasal motosikal, ataupun dia borak pasal basikal juga cuma lari daripada topic yang tengah diborakkan..

Apakah perasaan korang kalau time korang perlukan masa untuk menenangkan otak, datang pulak si banyak cakap tu dan bercakap tak henti-henti..

Bayangkan pula kalau masa korang tengah berbincang dalam satu kumpulan, tiba-tiba datang si banyak cakap tu dalam perbincangan korang dan dia bercakap pasal benda yang takda kena mengena dengan apa yang dibincangkan..Bila dimarah, dia cakap dia nak bergurau je..Tapi bagi korang, guruan dia sangat la tak lawak dan menyakitkan hati.....

Jadi, apakah solution untuk orang yang macam ni???

Solution dia senang je.. Cuba one to one talk dengan dia.. Tanya dia kenapa dia banyak sangat cakap. Biasanya orang yang macam ni adalah orang yang mempunyai masalah dalam jiwa dia. Mungkin dia ada masalah dengan diri sendiri or ada masalah dengan ahli keluarga dia.

Talkative person is difference than talkative but Annoying person. Talkative person bercakap banyak tapi apa yang dia cakap tidak menyakitkan hati orang lain. Annoying talkative person pula banyak bercakap, tapi apa yang dia cakap kebanyakannya akan menyakitkan hati orang..

Sedikit nasihat untuk orang yang banyak sangat bercakap ni, Kurangkan bercakap benda yang boleh buat orang lain sakit hati. Dan sebelum cakap sesuatu tu tengok dulu keadaan, tengok dulu sama ada keadaan itu sesuai ataupun tidak. Kalau tak sesuai jangan bercakap pasal benda yang mengarut. Kalau sesuai, cakap jela.

Nasihat untuk orang lain, Kalau anda alami situasi begini, banyak-banyak la bersabar dan kalau boleh jangan maki or pulaukan kawan korang tu.Kesian kat dia. Cuba ambil masa sedikit untuk slow talk dengan dia dan beri sedikit nasihat agar dia boleh berubah sedikit demi sedikit.Kalau boleh nasihatkan dia untuk menulis blog, sebab dengan menulis blog apa yang dia cakap tu akan disampaikan dalam bentuk tulisan.Jadi orang lain tak akan merasa Annoying lagi mendengar.. Tulisan dan suara sangat berbeza impactnya.. :)


To be continue... :)

Beginilah Malaysia sekarang..

Salam,

Malaysia tanah airku..
Tanah tumpahnya darahku..
Rakyat hidup bersatu dan maju..
Rahmat bahgia tuhan kurniakan..
Raja kita selamat bertahta..


Semua ini tinggal sejarah..Sekarang berubah sudah negara malaysia yang ku cintai ini.
Kerana terlalu tamakkan kuasa, harta dan darjat maka rakyat menjadi mangsa agenda politik mereka semua.

Kerana kebodohan kita, kita terpedaya dengan agenda meraka..Kerana tidak mengkaji, kita terpedaya lagi..Kerana mengikut orang, kita menjadi mangsa.

Kita lupa bagaimana dulu kita dijajah..
Kita lupa bagaimana dulu kita ditindas..
Kita lupa bagaimana dulu kita BERSATU untuk MERDEKA..

Kita mencapai kemerdekaan atas sebab bersatunya orang-orang Melayu di Malaysia serta berdiri teguhnya agama ISLAM pada ketika itu. Orang Cina, India, Dayak, Khadazan, Iban juga bersatu hati untuk memerdekakan Tanah Melayu ini.

Orang Melayu sanggup berkongsi Tanah Melayu yang dicintai ini bersama dengan bangsa-bangsa lain hanya kerana ingin mendapatkan KEMERDEKAAN.

Tapi sekarang, ada pihak yang ingin mempertikaikan hak mereka di Negara Malaysia ini.
Apa tidak cukup lagi apa mereka dapat di NEGARA ini?
Bukannya hendak menjadi racist, tapi cuba untuk fahamkan orang.
Kenapa perlu pertikaikan tentang perkara yang kita dapat percuma dari dahulu lagi?
Bukankah kita patutnya berasa SYUKUR kerana dapat berada di negara yang aman damai sebegini?

Kerana dicucuk oleh pihak lain, maka kita merasa tidak cukup dengan apa yang ada pada kita sekarang ini.
Kerana berasa marah dengan pemerintah kita mula berprotes dengan dorangan oleh pihak yang benci pada pemerintah.

Pernahkah kita fikirkan sejenak.Apa yang kita dapat jika kita berbuat demikian? Kita bersusah payah, orang lain yang mendapat nama. Ibaratnya, kita minum air kosong bersama meraka, apabila meraka dah berjaya, mereka mula minum ais blanded bersama-sama dengan kuncu-kuncu meraka dan kita masih lagi minum air kosong.

Kenapa mesti mengharapkan bantuan untuk membantu diri kita? Kenapa kita tidak fikir untuk membantu diri kita sendiri? Bukan semua yang PERCUMA adalah manis seperti madu. Disebalik batu pasti ada cacing yang hidup. Disebalik Madu pasti ada racun.

Fikirkanlah sejenak wahai sahabat-sahabatku sekalian. Alangkah lebih baik jika kita kekalkan keamanan dan kedamaian yang sedia ada sekarang. Alangkah bagusnya kalau kita boleh berusaha sendiri untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan.

Renungkanlah.. Jangan asyik nak mengharap pada orang sahaja.Jadilah seperti nenek moyang kita dahulu.Janganlah kita bergaduh sesama kita, tidak kiralah orang itu berbangsa apa sekali pun. Kekalkanlah keamanan negara yang kita sayangi ini.

To be continue... :)

Katak bawah tempurung kaca ...

Salam,

Katak bawah tempurung kaca?? Ape tu?? Agak-agak la alfie, benda apa kau nak cerita ni...
Katak bawah tempurung kitarang pernah la dengar, ni katak bawah tempurung kaca pulak dah..

Haa, kejutt ke??hehe..


Ok, hari ni saya nak cerita sikit pasal katak bawah tempurung kaca ni..
Tapi sebelum tu, mesti ramai yang dah tahu pasal peribahasa katak bawah tempurung kan?
Maksudnya ialah "orang yang tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya"..

Tapi apa pula maksud katak bawah tempurung kaca???

Ibaratnya begini, bayangkan diri anda ni seekor katak yang berada dibawah tempurung kaca.. (Bayangkan......) 

Korang boleh melihat apa yang berlaku disekeliling anda..betol tak? Cuba bayangkan lagi, apa yang korang lihat ini adalah sesuatu benda yang luar biasa seperti anda melihat ada segunung emas dihadapan anda.. Persoalannya sekarang, apa yang korang boleh buat jika korang adalah seekor katak yang berada dibawah tempurung kaca itu?

Jawapannya, korang tak boleh nak buat apa-apa betol tak? Kenapa tak boleh buat apa-apa?Sebabnya adalah kerana dihalang oleh kaca yang menutupi korang tu...

Kalau kita tengok pada realiti hidup, apa kaitan cerita ni dengan hidup sesetengah orang???
Simple je, kita ambik contoh dari sketsa ni sat naa..:

Sketsa wak senyum:

Ali: Mat, aku nak ajak hang buat business ni..

Mat: Business apa pulak ali??

Ali: Jual kurma...Bulan ramadhan kan dah nak dekat, kalau jual kurma aku rasa potensi untuk dapat income tu besar..

Mat: Erm,, jap aku pikir dulu la...Nanti aku tanya bini dulu...

Ali: Ok, apa-apa hal roger la paw ye.. :)

Keesokkan harinya.................

Ali: Mat, ape cer? Nak tak buat business kurma dengan aku ?

Mat : Erm,,, bini aku tak bagi la, dia cakap kerja buat overtime jela, tak payah nak susah-susah keluar modal buat business ni..Kalau tak menjadi rugi dia cakap....

Ali: Apa la ko ni, kalau kita tak cuba, mana la kita nak tahu jadi ke tak jadi... Rezeki tuhan yang tentukan...

Mat: Alaa Ali, takpala..Kau buat jela dulu ea, aku support ko dari belakang je k...

Ali: Hmm..Yela, suka hati kau la Mat...

Tiba bulan ramadhan Ali pun memulakan business kurma seorang diri... 7hari pertama amat memeritkan, selepas 7hari Ali mula merasakan peningkatan dalam business kurma dia hasil daripada kesabaran dan istiqamahnya...

Pagi Syawal.......

Mat: Pergh Ali.... Lawa kereta BMW kau, kau menang cabutan bertuah petronas ke??

Ali: Alhamdulillah, ni rezeki daripada hasil aku buat business kurma masa bulan ramadhan hari tu...

Mat: Adoiiyaiii rugi beb aku tak buat, kalau tak mesti aku pun dah pakai BMW macam kau Ali..

Ali: Nak buat macam mana, bukan aku tak ajak, tapi kau yang taknak..

Mat: Bukan taknak Ali, bini aku tak bagi....

Ali: Yela Mat, masa depan kau bukannya orang lain yang kena tentukan..TAPI KAU SENDIRI YANG TENTUKAN MASA DEPAN KAU...

Mat: :( ......

Kesimpulannya, biasa saya bahasakan peribahasa ni kepada orang yang nampak peluang depan mata tapi tidak mengambil tindakan yang betol oleh sebab terhalang dengan halangan yang boleh dia sendiri boleh tempuh..... Jadi, jika ada peluang depan mata, janganlah kita sia-siakan peluang itu, apa-apa halangan yang datang kita buang je halangan tu ke laut cina selatan.....PELUANG HANYA AKAN DATANG PADA MASA YANG KITA TAK JANGKA.. Soo, nampak peluang tu, ambil jela...Bak kata omputeh just GRAB it ok....Tapi pastikan peluang itu peluang yang baik la ye...

To be continue... :)

Friday 14 June 2013

Kenapa perempuan suka menyusahkan benda yang senang ...

Salam,

Perempuan,oh perempuan...Jangan marah ye dengan entry saya kali ni..hehe
Perasan atau tidak kebanyakan perempuan suka menyusahkan perkara yang mudah??
Sebagai contoh:

Sketsa wak senyum:

Mimi: Sayang, jom pi tengok wayang malam ni, u rasa ape yang ok i pakai malam ni? Tudung bawal ke selendang???

Amir: Alaa, u pakai je tudung bawal..lagi senang nak pakai...

Mimi: Alaa, tapi i nak pakai selendang....Lagi lawa...Tudung bawal nampak macam simple sangat la sayang...

Amir: Ok kalau macam tu u pakai la selendang...k

Mimi: Hmm...Cam susah je pakai selendang..Pakai tudung bawal la...

Amir: Baik u takyah tanya i dari awal lagi...

Mimi: Alaa, cepatla....nak pakai tudung apa ni...

Amir: Pakai TUDUNG SAJI JELA! SENANG..Ambik terus sarung kat kepala tu...I pon boleh tolong u pakaikan!

Mimi: @#$%$#&*#$



To be continue... :)

Thursday 13 June 2013

Berblog menggunakan ipad ...

Salam,

Ipad??Laptop??Computer...Mana satu jadi pilihan hati anda?

Bagi saya, saya suka ipad saya ni...Banyak jasanya..Dah macam-macam kami lalui bersama...(Macam kisah cinta pulak dah..hehe)

(Macam ni la rupa ipad saya sekarang, ada keyboard, senang nak menaip berbanding dengan touch keyboard ipad ni)

Hampir semua entry-entry saya dipost dengan menggunakan ipad 3 saya. Ada kelebihan dan kelemahan dia juga sebenarnya.. Kalau post pakai laptop, macam-macam kita boleh buat, contohnya  nak resize image, font, html sikit senang je nak buat pakai laptop atau computer.. Tapi kalau pakai ipad, Boleh bold tulisan dan upload image saja....

Bukan salah ipad sebenarnya, tapi salah apps blogger dari google ni.. HUH!  Google melimitkan function untuk blogger ni.. Dia macam taknak bagi kita guna ipad, tablet, smart phone atau gadget selain daripada laptop je untuk berblog...huhuhu

Ada juga keseronokan menggunakan ipad ni sebenarnya, salah satunya battery lagi tahan berbanding dengan laptop.

Mengikut kajian saya buat sorang-sorang, battery laptop maximum boleh tahan dalam tempoh 6jam sahaja kalau full guna la, Ipad pula boleh bertahan 10jam (Hampir satu hari juga tu...)
Soo nampak tak kelebihan ipad??? hehe

Ipad boleh touch screen...Laptop tak boleh...hmm, memang ada laptop yang boleh touch screen dia, tapi harga dia pon memang sangat BOLEH dilihat jela.. RM3k tak lari beb... Baik beli Razor Blade je teros..Baru RM8999.00 hahahaha...(BARU Ko cakap...)

Ipad lebih ringan dari laptop...obviously tu semua orang tahu la kn..

Tapi kalau untuk high performance, saya cadangkan pakai laptop jela, bia berat sikit, janji performance gila-gila, yela kita kan nak main DOTA je 24jam dimana-mana sahaja kita berada..hahaha

Overall, saya sukakan ipad saya, kalau nak tuka ke laptop pun, maybe saya akan kumpul duit untuk beli RAZOR BLADE 14inch TERBARU tu...RM8999.00 harganya(Macam beli kancil CASH)...Tapi memang puas hati la kalau dapat..Nanti kalau ada masa saya akan story sikit pasal RAZOR BLADE dekat anda semua k.. :)

To be continue... :)

Mencari ilham ...

Salam,

Hari ni actually saya tak ada idea sangat nak tulis entry kat blog ni..Jadi saya cuma nak ceritakan sedikit tentang mencari ilham..

Ilham.....apa tu ilham sebernarnya ye??

Ilham ni kalau dari segi bahasa yang saya faham ialah lebih kurang macam mencari idea macam tu la.
Tak tau la betol ke tak fahaman saya ni, tapi bagi sesiapa yang tahu maksud ilham ni, boleh share-share sikit kat komen bawah ni.. :)


Hari ni saya baru dapat satu ilham, setelah lama mencari apa yang nak buat..
Last-last saya nak ambil keputusan untuk membuat Video Blog (VLOG).. 
Ilham ni datang daripada vloger terbaik dimalaysia iaitu Matluthfi, nak tengok blog dia ni url dia = matluthfi90.com ..

Jadi itulah ilham yang saya dapat setakat ni, insyaallah nantikanlah VLOG saya dalam masa terdekat ni ye.. Genre saya lebih kepada sharing and information based on apa yang saya tahu jela..hehe :)

To be continue... :)

Wednesday 12 June 2013

Reaksi muka manusia...

Salam,

Hari ni saya baru sahaja melalui satu saat yang amat menyakitkan hati...
Ceritanya macam ni, tadi ada seorang customer datang ke kedai saya untuk membeli barang..
Saya pun layan la customer tu.. Dengan secara tiba-tiba saya merasakan satu perasaan yang amat menyakitkan hati...


Nak tahu ape sebabnya?
Sebabnya adalah kerana customer tu buat muka masam gile sambil mengarah-arah saya untuk ambil barang-barang yang dia kehendaki... (Memang la bak kata orang, customer is always right, but kita as a human being kena la ada rasa berhati perut sikit sesama kita ni betol tak? Jangan la nak layan orang macam orang tu macam macai dia je... Semua manusia ada perasaan kan?? Kucing pon ada perasaan..ikan pun sama juga..Manusia apa tah lagi...


Tapi ingat pada nasihat mak saya, mak saya pernah cakap "Sabar jela dengan customer tu alfie, customer tu yang akan bagi income dekat kita" Sebabkan nasihat tu, saya pun bersabar jela menahan perasaan hampir satu jam... (satu jam tu...bukan satu minit tau)

Sejam dah berlalu, akhirnya customer tu menamatkan drama petang-petang dia di kedai saya dan membeli beberapa barang dari kedai saya.. (Alhamdulillah la.....)

Jadi setelah saya bermuhasabah diri baru la saya dapat moral of the story yang terjadi pada saya hari ni..

moral:
1) Customer always right, walaupun dia salah...

2) Customer give people income, walaupun kita tak suka, jadi kena hadap la dengan hati yang terbuka..

3) Sabar dalam berurus niaga, kerana sabar itu sebahagian daripada iman..

Perniagaan memang banyak dugaan, yela 9/10 punca rezeki datang daripada perniagaan, 1/10 daripada pekerjaan, soo 9/10 la dugaannya..betol tak??

Nasihat saya senang je.. Happy-happy la selalu.. Amalkan cara hidup ceria dan sihat... :)

To be continue... :)





Tuesday 11 June 2013

Sophie Paris- SOPHIE LEADER CLUB (SLC) 2013


Salam,
Pada 08/06/2013 - 09/06/2013, Sophie Paris Malaysia telah mengadakan satu seminar yang berunsur TEAM Building untuk leader-leader dalam Sophie di SELESA RESORT Bukit Tinggi, Pahang.


Saya juga terlibat dalam seminar ni.. (Lihat pada gambar anda boleh nampak muka saya) :)

Rombongan kami bertolak pada jam 11pagi dari SOPHIE PARIS MALAYSIA (HQ)..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 1jam perjalan.Kami tiba di Selesa Resort Bukit Tinggi pada pukul 12.00++.



Setibanya kami di hotel, makan diberi masa utuk makan tengah hari dulu..Makanan agak sempoi dan sedap la juga..(Perut lapa, semua sedap..hehe)

Kemudian kami diminta untuk ke Dewan untuk diberi sedikit taklimat mengenai aktivity yang bakal kami lakukan selama 2hari 1malam ini. 

Antara aktivity yang kami lakukan adalah:

1) Half Day Team Building
2) BBQ Dinner
3) Games
4) Seminar
5) Sharing Session
6) Award Recognition

Team Building :

Setiap ahli dibahagikan kepada 3kumpulan.
1) De Mavie
2) Warrior
3) We are the best

Saya dilantk secara rambang oleh pihak HQ untuk menjadi sebagai Team Leader..Dan saya berada di dalam kumpulan De Mavie !


Antara aktiviti Team Building yang kami lakukan adalah:

1) Memanjat tiang-tiang ni dengan hanya menggunakan satu kaki sahaja..


2) Melepaskan diri daripada jejaring besi ini tanpa menyentuh jaring-jaring besi tu.


3) Merangkak melepasi ringtangan yang ada.. :)


4) Mendaki dengan hanya memijak satu petak warna sahaja


5) Berjalan di atas tali merentasi tasik


6) Last skali, Paling best.. Lumba rakit!!






(Pertandingan lumba rakit ni dimenangi oleh kumpulan De Mavie !!!) :)

Selepas selesai Team Building, kami balik ke tempat kediaman kami..

 (Permandangan memang menenangkan..)

Pada malamnya pula, aktiviti seterusnya berlangsung..

BBQ dinner:

 (Nasi goreng, Satay, Lamb, Ayam, Udang dn dll)

Selepas makan berlangsung la aktiviti seterusnya iaitu GAMES!

Ini antara games yang ada:


(Menolak bola limau kedepan dengan menggunakan buah pisang yang digantung di pinggang)


(Lumba passing getah menggunakan straw)


Hari kedua:

Leadership Seminar....

Antara satu ayat yang menarik yang saya dapat adalah, Usaha perlu ada kesabaran untuk BERJAYA.
Ibaratnya kita ada tanah kelapa sawit dan benih kelapa sawit. Kita tanam benih tu dalam tanah yang kita...Kelapa sawit ni biasanya mengambil masa dalam 3-5 tahun untuk memberi hasil, jadi dalam tempoh 5 tahun sementara kita nak tunggu kelapa sawit tu memberi hasil pada kita, macam-macam dugaan akan datang pada kita antaranya pokok dipijak orang, musim kemarau, kurang jagaan pada pokok dan sebagainya.. Jadi kalau kita sabar untuk menghadapi semua dugaan ini, maka kita pasti akan memperoleh hasil daripada pokok kelapa sawit kita.... Jadi, cerita inilah yang akan saya aplikasikan dalam hidup saya untuk menuju kejayaan.. (insyaallah)

Sebelum tamat seminar, upacara anugerah diberikan kepada kumpulan yang menang dan sijil untuk leader-leader yang berjaya hadirkan diri ke SOPHIE LEADER CLUB Seminar..

Tempat PERTAMA jatuh kepada kumpulan DE MAVIE !!! (Team saya ni..hehe)


Tempat Kedua jatuh kepada kumpulan We are The BEST !!!



Tempat Ketiga adalah kumpulan Warrior !!!


Anugerah pun diberi, sijil pun diterima...


Selepas selesai semua, kami pun ke hotel untuk mengemas barang dan bersiap-siap untuk pulang..

Banyak pengalaman yang saya dapat dalam seminar ni walaupun sekejap..

Antaranya adalah :
1) Leadership
2) Group Support
3) Human Relationship
4) Smart ideas
5) Good Planning Skills...

Program-program sebegini akan admin lakukan untuk group admin pula selepas ini..
Hidup sihat, income bertambah, hubungan bersama dikekalkan...

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang ahli SOPHIE PARIS boleh la daftarkan diri anda bersama saya.. Pendaftaran cuma RM15.00 Sekali seumur hidup..

Boleh rujuk blog  http://spshope.blogspot.com  untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SOPHIE PARIS..

To be continue... :)


Friday 7 June 2013

Salah Sangka ...

Salam,

Hari ni admin nak pos cerita pasal salah sangka..
Kenapa orang kita selalu bersalah sangka pada orang lain??Agak-agak korang kenapa?


Perangai ni dah berlaku dari zaman firaun lagi sebenarnya, lalu ia merebak sehinggalah ke zaman ni..

Sketsa wak senyum:

Ali: Wey mad, semalam aku keluar dengan awek aku..Pukul 9pagi baru balik bro.. (Muka bangga)

Samad: Owh..yeke.. (Dalam kepala dah fikir macam-macam dah tu)..
            erm, ko buat apa je sampai balik lewat-lewat malam ni??

Ali: Ade r..Baek punya... hehe

Samad: ish..ish..ish...Ko ni tak baik buat benda bukan-bukan ni, kita ni orang islam..BERTAUBAT la ko ALI!!.

Ali: EH?? ko ni pehal plak ni?? Aku dengan awek aku pergi "Qiamullail" la dekat Masjid Shah Alam..Ada Ustaz dari Africa datang.. Aku siap bawak family awek aku sekali join.. Alhamdulillah banyak manfaat aku dapat..

Samad: Ermm.ermm..ermmm.. Owhh.. Sorry..sorry.. Aku ingat apa tadi...

Ali: Tu lah, lain kali jangan cepat nak salah sangka dekat orang.. Minggu depan ada lagi, ko nak join sekali??

Samad: Hmmm (muka nak mengelat)... Start esok malam sampai minggu depan aku sibuk sikit.. K la, ada kerja nak buat.. BYE!


Haa, nampak tak? kan dah malu.. Soo nasihat admin.. Jangan la kita bersalah sangka dengan orang lain.. Periksa dulu sebelum buat andaian...

To be continue... :)

Thursday 6 June 2013

Makan, Makan, Makan ...

Salam,
Sapa yang tak suka makan betol tak?
Makan ini adalah satu nikmat sebenarnya..Lagi-lagi time lapa...

Hari ni admin nak kongsikan pasal makanan kat korang semua...
Tadi dalam pukul 10malam, admin baru je pergi makan dengan keluarga di sebuah restaurant di Bandar Baru Bangi... Nama restaurant tu admin tak ingat la pulak..Yela, baru first time pergi makan dekat restaurant tu.Harga berpatutan, rasa SEDAP, orang RAMAI.....Nanti kalau admin pergi makan kat restaurant tu lagi admin akan kongsikan kat korang semua apa nama restaurant tu k..

Ini antara hidangan yang admin sempat snap:

Ketam sweet sour..

Udang butter..

Sotong goreng butter..

Sotong butter lagi,tapi yang ni bukan goreng..haha

Ada lagi admin order tapi tak sempat nak snap pic...Dah kena serbu awal dengan adik admin..

-Siakap 3rasa
-Kerabu mangga
-Tomyam seafood
-Nasi putih..(obviously)....

Lokasi restaurant ni di sebelah balai bomba Bandar Baru Bangi.. Dekat Bangi ada satu je balai bomba..Soo senang la korang nak cari nanti..

To be continue... :)








15 UMMAT YANG TIDAK DISUKAI IBLIS ...



1. Nabi Muhammad saw.

2. Pemerintah yang adil.
3. Orang kaya yang dermawan dan tawadhuk.
4. Peniaga yang jujur.
5. Orang alim yang khusyuk
6. Orang beriman yang suka beri nasihat.
7. Oang beriman hatinya lembut
8. Orang yang selalu bertaubat dan kekal dengan taubatnya
9. Orang yang warak dan menjaga daripada benda yang haram
10. Orang yang selalu dalam keadaan bersih dan suci
11. Orang yang banyak sedekah
12. Orang beriman dan berakhlak baik
13. Orang yang banyak memberi manfaat pada orang lain
14. Orang yang menghafaz Al-Quran dan selalu membacanya
15. Orang yang suka bangun tengah malam dan beribadah ketika orang sedang tidur.

Jadi marilah kita sama-sama bertaqwa kepada ALLAH s.w.t

To be continue... :)

Lupa ...

Salam.

Lupa..lupa...lupa... (admin pon lupa nak tulis apa)hehe

Lupa ni sebenarnya satu penyakit yang dipanggil "Alzheimer" ..

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Tapi untuk masyarakat belia macam admin ni, penyakit lupa ni biasanya terjadi sebab terlampau banyak berfikir pasal benda lain sampai lupa pasal benda penting yang patut kita ingat..

Antara sebab biasa kita lupa pasal sesuatu perkara ni kerana kita tak ambil peduli mengenai perkara tu..Bak kata orang tak ambik port langsong la macam tu..

Contoh: Tadi ada orang cerita pasal masalah dia dekat kita, kita tak nak dengar, jadi kita dengar pun sekadar sambil lewa saja sebab benda tu boring..Bila orang tu soal kita mengenai cerita yang dia cerita tadi, mesti kita tak boleh nak jawab..


Soo, conclusionnya..penyakit lupa ni biasa la untuk semua orang..Cuma lupa yang melampau tu yang agak bahaya untuk kita..Tu dah jadi macam penyakit Alzheimer..

Nasihat admin untuk tidak lupa..Cuba ambil perhatian terhadap semua benda yang berlaku...Insyaallah kita tak akan mudah lupa..Makan kismis hari-hari pun ok gak, sebab kismis banyak zat-zat bagus untuk otak kita... :)

To be continue... :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...