Wednesday 5 June 2013

Welcome to infoLious ( Jenis Blog & Apa itu BLOG ?)

Salam,

Mungkin ramai yang nak tahu pasal asal usul blog ni kan.
Pada post pertama ni, admin nak kongsikan sedikit mengenai BLOG.



Soalan:
Apa itu blog?

Jawapan:
Blog adalah satu web log untuk perbincangan atau mendapatkan maklumat yang di post oleh blogger di dalam blog mereka.

Soalan?
Apa jenis blog yang ada?

Jawapan:

1. Blog Personal. Blog ini merupakan jenis blog yang merangkumi pelbagai kategori. Biasanya mereka berblogging mengenai topik personal seperti politik, musik, keluarga, kesihatan, dan macam-macam lagi.

2. Blog Perniagaan. Biasanya dimiliki oleh golongan profesional dalam bidang yang diceburi seperti guaman, kedoktoran, hartanah, dan perbankan. Mereka mengongsikan kepakaran mereka dan pada masa yang sama mereka menjual produk atau perkhidmatan dan menjadikan blog sebagai medium untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka.

3. Blog Pendidikan. Blog merupakan salah satu medium yang baik untuk para guru dan pelajar berkolaborasi dalam projek bilik darjah.

4. Blog Non-profits. Kumpulan-kumpulan kerja amal, yayasan, dan pejuang hak menggunakan blog sebagai alat terbaik untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang mereka perjuangkan. Blog juga menjadi medium unik untuk mengumpul wang derma bagi kegiatan mereka.

5. Blog Politik. Ahli parlimen, parti, agensi kerajaan, dan aktivis menggunakan blog untuk berhubung dengan konstituen mereka. Di Malaysia, blog politik kian menjadi perhatian terutamanya bila pilihanraya makin dekat.

6. Blog Sukan. Kita seringkali membaca blog yang hanya bercerita mengenai sukan. Mereka sering update keputusan terkini perlawanan bola sepak, hoki, badminton, dan sebagainya.

7. Blog Tutorial dan Review. Terdapat juga banyak blog yang berkongsi tips, tutorial, dan review mengenai masakan, permainan, musik, buku, movie dan sebagainya.

8. Blog Kopi-pasta. Blog ini suka mengambil isi dari blog orang lain atau dari mana-mana media lain dan kemudian dimasukkan dalam entri blognya. Hal ini boleh dilakukan tapi perlulah dengan izin si penulis asal atau dengan meletakkan backlink semula ke entri asal.

9. Blog SEO. Blog seperti ini ditulis khas untuk enjin carian dan bukannya difokuskan kepada manusia. Blog ini didedikasikan untuk menipu si Google dan enjin carian lain supaya diranking lebih tinggi.

10. Informasi. Blog ini memberi anda maklumat mengenai apa sahaja yang blogger blog tu tahu, anda boleh mencari pelbagai maklumat di dalam blog sebegini.
Untuk Blog infoLious admin memilih untuk menjadikan blog ni sebagai blog informasi..
Disini anda boleh mencari informasi yang akan admin kongsikan setiap hari (insyaalah) kepada pembaca-pembaca blog ini..

to be continue... :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...