Tuesday 11 June 2013

Sophie Paris- SOPHIE LEADER CLUB (SLC) 2013


Salam,
Pada 08/06/2013 - 09/06/2013, Sophie Paris Malaysia telah mengadakan satu seminar yang berunsur TEAM Building untuk leader-leader dalam Sophie di SELESA RESORT Bukit Tinggi, Pahang.


Saya juga terlibat dalam seminar ni.. (Lihat pada gambar anda boleh nampak muka saya) :)

Rombongan kami bertolak pada jam 11pagi dari SOPHIE PARIS MALAYSIA (HQ)..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 1jam perjalan.Kami tiba di Selesa Resort Bukit Tinggi pada pukul 12.00++.



Setibanya kami di hotel, makan diberi masa utuk makan tengah hari dulu..Makanan agak sempoi dan sedap la juga..(Perut lapa, semua sedap..hehe)

Kemudian kami diminta untuk ke Dewan untuk diberi sedikit taklimat mengenai aktivity yang bakal kami lakukan selama 2hari 1malam ini. 

Antara aktivity yang kami lakukan adalah:

1) Half Day Team Building
2) BBQ Dinner
3) Games
4) Seminar
5) Sharing Session
6) Award Recognition

Team Building :

Setiap ahli dibahagikan kepada 3kumpulan.
1) De Mavie
2) Warrior
3) We are the best

Saya dilantk secara rambang oleh pihak HQ untuk menjadi sebagai Team Leader..Dan saya berada di dalam kumpulan De Mavie !


Antara aktiviti Team Building yang kami lakukan adalah:

1) Memanjat tiang-tiang ni dengan hanya menggunakan satu kaki sahaja..


2) Melepaskan diri daripada jejaring besi ini tanpa menyentuh jaring-jaring besi tu.


3) Merangkak melepasi ringtangan yang ada.. :)


4) Mendaki dengan hanya memijak satu petak warna sahaja


5) Berjalan di atas tali merentasi tasik


6) Last skali, Paling best.. Lumba rakit!!






(Pertandingan lumba rakit ni dimenangi oleh kumpulan De Mavie !!!) :)

Selepas selesai Team Building, kami balik ke tempat kediaman kami..

 (Permandangan memang menenangkan..)

Pada malamnya pula, aktiviti seterusnya berlangsung..

BBQ dinner:

 (Nasi goreng, Satay, Lamb, Ayam, Udang dn dll)

Selepas makan berlangsung la aktiviti seterusnya iaitu GAMES!

Ini antara games yang ada:


(Menolak bola limau kedepan dengan menggunakan buah pisang yang digantung di pinggang)


(Lumba passing getah menggunakan straw)


Hari kedua:

Leadership Seminar....

Antara satu ayat yang menarik yang saya dapat adalah, Usaha perlu ada kesabaran untuk BERJAYA.
Ibaratnya kita ada tanah kelapa sawit dan benih kelapa sawit. Kita tanam benih tu dalam tanah yang kita...Kelapa sawit ni biasanya mengambil masa dalam 3-5 tahun untuk memberi hasil, jadi dalam tempoh 5 tahun sementara kita nak tunggu kelapa sawit tu memberi hasil pada kita, macam-macam dugaan akan datang pada kita antaranya pokok dipijak orang, musim kemarau, kurang jagaan pada pokok dan sebagainya.. Jadi kalau kita sabar untuk menghadapi semua dugaan ini, maka kita pasti akan memperoleh hasil daripada pokok kelapa sawit kita.... Jadi, cerita inilah yang akan saya aplikasikan dalam hidup saya untuk menuju kejayaan.. (insyaallah)

Sebelum tamat seminar, upacara anugerah diberikan kepada kumpulan yang menang dan sijil untuk leader-leader yang berjaya hadirkan diri ke SOPHIE LEADER CLUB Seminar..

Tempat PERTAMA jatuh kepada kumpulan DE MAVIE !!! (Team saya ni..hehe)


Tempat Kedua jatuh kepada kumpulan We are The BEST !!!



Tempat Ketiga adalah kumpulan Warrior !!!


Anugerah pun diberi, sijil pun diterima...


Selepas selesai semua, kami pun ke hotel untuk mengemas barang dan bersiap-siap untuk pulang..

Banyak pengalaman yang saya dapat dalam seminar ni walaupun sekejap..

Antaranya adalah :
1) Leadership
2) Group Support
3) Human Relationship
4) Smart ideas
5) Good Planning Skills...

Program-program sebegini akan admin lakukan untuk group admin pula selepas ini..
Hidup sihat, income bertambah, hubungan bersama dikekalkan...

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang ahli SOPHIE PARIS boleh la daftarkan diri anda bersama saya.. Pendaftaran cuma RM15.00 Sekali seumur hidup..

Boleh rujuk blog  http://spshope.blogspot.com  untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SOPHIE PARIS..

To be continue... :)


2 comments:

  1. tahniah sebab team dapat tempat pertama..nak daftar jadi ahli sophie lah..tunggu gaji ek..:D

    ReplyDelete
  2. Wa...... Syok nyer dapat main rakit!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...