Saturday 15 June 2013

Katak bawah tempurung kaca ...

Salam,

Katak bawah tempurung kaca?? Ape tu?? Agak-agak la alfie, benda apa kau nak cerita ni...
Katak bawah tempurung kitarang pernah la dengar, ni katak bawah tempurung kaca pulak dah..

Haa, kejutt ke??hehe..


Ok, hari ni saya nak cerita sikit pasal katak bawah tempurung kaca ni..
Tapi sebelum tu, mesti ramai yang dah tahu pasal peribahasa katak bawah tempurung kan?
Maksudnya ialah "orang yang tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya"..

Tapi apa pula maksud katak bawah tempurung kaca???

Ibaratnya begini, bayangkan diri anda ni seekor katak yang berada dibawah tempurung kaca.. (Bayangkan......) 

Korang boleh melihat apa yang berlaku disekeliling anda..betol tak? Cuba bayangkan lagi, apa yang korang lihat ini adalah sesuatu benda yang luar biasa seperti anda melihat ada segunung emas dihadapan anda.. Persoalannya sekarang, apa yang korang boleh buat jika korang adalah seekor katak yang berada dibawah tempurung kaca itu?

Jawapannya, korang tak boleh nak buat apa-apa betol tak? Kenapa tak boleh buat apa-apa?Sebabnya adalah kerana dihalang oleh kaca yang menutupi korang tu...

Kalau kita tengok pada realiti hidup, apa kaitan cerita ni dengan hidup sesetengah orang???
Simple je, kita ambik contoh dari sketsa ni sat naa..:

Sketsa wak senyum:

Ali: Mat, aku nak ajak hang buat business ni..

Mat: Business apa pulak ali??

Ali: Jual kurma...Bulan ramadhan kan dah nak dekat, kalau jual kurma aku rasa potensi untuk dapat income tu besar..

Mat: Erm,, jap aku pikir dulu la...Nanti aku tanya bini dulu...

Ali: Ok, apa-apa hal roger la paw ye.. :)

Keesokkan harinya.................

Ali: Mat, ape cer? Nak tak buat business kurma dengan aku ?

Mat : Erm,,, bini aku tak bagi la, dia cakap kerja buat overtime jela, tak payah nak susah-susah keluar modal buat business ni..Kalau tak menjadi rugi dia cakap....

Ali: Apa la ko ni, kalau kita tak cuba, mana la kita nak tahu jadi ke tak jadi... Rezeki tuhan yang tentukan...

Mat: Alaa Ali, takpala..Kau buat jela dulu ea, aku support ko dari belakang je k...

Ali: Hmm..Yela, suka hati kau la Mat...

Tiba bulan ramadhan Ali pun memulakan business kurma seorang diri... 7hari pertama amat memeritkan, selepas 7hari Ali mula merasakan peningkatan dalam business kurma dia hasil daripada kesabaran dan istiqamahnya...

Pagi Syawal.......

Mat: Pergh Ali.... Lawa kereta BMW kau, kau menang cabutan bertuah petronas ke??

Ali: Alhamdulillah, ni rezeki daripada hasil aku buat business kurma masa bulan ramadhan hari tu...

Mat: Adoiiyaiii rugi beb aku tak buat, kalau tak mesti aku pun dah pakai BMW macam kau Ali..

Ali: Nak buat macam mana, bukan aku tak ajak, tapi kau yang taknak..

Mat: Bukan taknak Ali, bini aku tak bagi....

Ali: Yela Mat, masa depan kau bukannya orang lain yang kena tentukan..TAPI KAU SENDIRI YANG TENTUKAN MASA DEPAN KAU...

Mat: :( ......

Kesimpulannya, biasa saya bahasakan peribahasa ni kepada orang yang nampak peluang depan mata tapi tidak mengambil tindakan yang betol oleh sebab terhalang dengan halangan yang boleh dia sendiri boleh tempuh..... Jadi, jika ada peluang depan mata, janganlah kita sia-siakan peluang itu, apa-apa halangan yang datang kita buang je halangan tu ke laut cina selatan.....PELUANG HANYA AKAN DATANG PADA MASA YANG KITA TAK JANGKA.. Soo, nampak peluang tu, ambil jela...Bak kata omputeh just GRAB it ok....Tapi pastikan peluang itu peluang yang baik la ye...

To be continue... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...