Thursday 6 June 2013

Cara mengatasi kecurian, rompakan, samun.

Salam,

Kecurian, rompakan, samun.. Mesti ramai yang lali mendengar tentang kes-kes ini berlaku.. Dalam TV, Surat khabar, jiran-jiran cerita, member-member..


Antara kes-kes yang sering berlaku adalah samun & ragut..

Kes-kes sebegini selalunya terkena pada kaum wanita kerana

kaum wanita ini dianggap sebagai kaum yang lemah.. Jadi peragut-peragut ni tidak berasa takut untuk meragut kaum wanita..


Perasan tak brader kat sebelah tu??? Dia buat tak tahu je...Itulah sikap orang malaysia sebenarnya, tapi bukan setakat orang malaysia je, mongolia pon sama jugak.(haha)..bila tak kena dekat dia, buat tak kisah jelah..tapi kalau ada kena mengena dengan dia baru nak kelam kabut mintak tolong...(terok..terok..terok....)

Soalan:
Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ragut & rompak ni?

Jawapan:
1) Bagi orang islam, sebelum keluar rumah tu bacalah doa dulu..Mintak perlindungan daripada ALLAH s.w.t..

2) Jangan bawa duit berlebihan dalam bag atau handbag.. Simpan IC, Duit standby, dan handphone dalam poket..(Sebab: Kalau kena ragut tu takde la hilang segala-galanya, sekurang-kurangnya ada la backup sikit...)

Soalan:
Apa yang kita kena buat kalau kena ragut?

Jawapan:
1) Sediakan satu alat seperti spray mata (yang bagi pedih mata tu) dalam bag/handbag atau poket setiap masa.Kalau dah kena ragut, ambil spray tu spary je dekat muka peragut tu sambil jerit minta tolong dekat orang..(ada pistol, bawak jela pistol tu, boleh tembak je teros...hahaha)

2) Belajar ilmu pertahankan diri..(belajar sumo ke kan..hehe)

3) Biarkan saja peragut tu ragut..Cara ini untuk mengelak daripada diri anda tercedera teruk..(Bak kata pepatah omputeh, Just let it go...)

Selain daripada ragut/rompak, kes pecah rumah pun selalu juga berlaku..


Biasanya kes pecah rumah ni berlaku ketika cuti umum seperti cuti sekolah, raya dan cuti-cuti umum lain..Yela, waktu ni semua orang nak bercuti kan..Ada yang nak pegi bercuti ke kampung, luar negara dan lain-lain tempat..

Waktu ni la, perompak mula berkerja..Kita cuti, dia kerja la kan...


Biasa benda yang akan dicuri ni mestila benda yang berharga , seperti TV 84inc, Emas permata 99Berkarat, duit (bagi yang minat convert rumah dia jadi bank la) dan makanan kuching..hahaha

SOALAN:
Macam mana cara nak kasi rumah kita ni kurang berpotensi untuk dirompak?

JAWAPAN:
1)Jika anda nak keluar bercuti, maklumkan kepada polis, jiran, sedara-mara dan pakguard yang jaga rumah anda tu untuk tolong perhatikan rumah anda pada tarikh sekian-sekian kerana pada masa tu anda tiada dirumah dan tak ada orang lain yang akan berada di rumah pada masa itu.

Langkah ini boleh memastikan rumah anda akan dipantau, jika berlaku perkara yang pelik, meraka yang memantau rumah anda pasti akan mengambil tindakan yang sepatutnya..Jadi rumah anda pasti akan lebih selamat jika anda buat macam ni..(tolong-menolong amalan mulia, nanti jiran anda nak bercuti, anda la pulak tolong perhatikan rumah dia...)

2) Kalau banyak duit, pakai alarm system import dari german terus..Ini bagi menyedarkan orang ramai apabila rumah anda kena rompak..yela, rumah kena pecah mestilah alarm berbunyi kan? bila orang lain sedar alarm rumah anda berbunyi mesti mereka akan keluar untuk melihat apa yang terjadi.

Tapi admin boleh jamin la, kalau perompak tu dengar je bunyi alarm confirm dia pun cabut lari punya..soo takdalah rumah anda kena rompak masa tu..




Negara kita ini mempunyai undang-undang, jika berlaku apa-apa pada diri anda laporkan pada pihak berkuasa.. 


Apa-apa pun, mencegah lebih baik daripada mengubati.. Jangan bila dah kena samun ke ragut ke baru nak fikir apa nak kena buat... Bertindaklah dengan bijak..

to be continue... :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...