Thursday 20 June 2013

Tension tetap tension..

Salam,

Tension!!!Korang tau tak aku tension!! Aku dah seharian buang masa sebab kau!!
Bila cakap pasal SEHARIAN ni.Pepatah melayu pernah berkata, jangan sangkakan air yang tenang, kat dalam tu tak ada buaya..Perumpamaan ni lebih kurang macam wey bro, kau ingat aku dok relax-relax ni aku tak boleh nak pi tumbuk muka hang ka satgi..haha???Aku dah la tengah tension ni!!!

Pernah tak korang rasakan benda yang sama macam aku rasakan sekarang? Cehh, tension punya pasal dari dok guna saya-awak terus tukar aku-kau..hahaha.. Apa yang aku tensionkan sekarang ni sebab ada orang janji nak renovate kedai aku, last-last tak jadi..MENYIRAP beb..

(Dengan hati yang tenang aku bercerita kat korang....)
Cerita dia macam ni, pada hari jumaat 14/6/13 aku telah set appointment dengan orang construction untuk renovate kedai aku, pada 15/6/13 aku mula mengemas kedai aku dengan mengalih semua barang-barang yang ada di showroom tu.Aku alih la barang tu ke store belakang..

Pada keesokan harinya 16/6/13 jam 10pg, aku pun pergi la ke kedai aku untuk standby nak renovate, sampai saja aku kat kedai, aku tengok takda orang kat kedai, aku pun call la orang construction tu. Nak tahu apa dia cakap? Alfie hari ni tak jadi la, sibuk sikit, len kali la..Perghhhh, aku dah la nak kena buka kedai esok, tiba-tiba dia cakap tak jadi nak renovate hari ni.

Dengan hati yang panas & rasa macam nak tumbuk muka orang tu aku mula mengemas semula kedai aku sebab memikirkan yang esok aku kena bukak kedai.Mengemas kedai ni tak jadi masalah tapi yang menjadi masalahnya ialah membuat kerja sia-sia. Kalau jadi renovate aku kemas kedai balik takpa juga, ni apa pun takda.Rasa macam bodoh juga la masa tu.Ibarat melepaskan batuk di tepi tangga macam tu.Kalau lepas batuk kira ok lagi la sebab tak penat, tpi kalau mengemas barang-barang aku yang nak bawa masuk showroom tu memang agak penat la kan..

Salah satu lagi sebab kenapa aku tension....
Aku tak boleh nak pos entry kat blog ni sebab terlampau penat..Bayangkanla, masa aku angkat barang masuk store tu cuma ambil masa dalam 2jam saja, tapi bila aku nak kemas balik barang tu, ambil masa dalam 15jam!!! dari pukul 10pg-3pg aku buat kerja tu. Yela, nak kena cuci lantai, pasang balik benda-benda yang aku cabut, susuh barang-barang tu setting electric balik, memang ambil masa yang sangat lama.Campur dengan tension aku lagi, tu yang bertambah-tambah lama nak siap..hahaha

Tapi bila aku fikir balik, mungkin ada hikmah atas semua ni berlaku.Mungkin kalau aku jadi renovate kedai ni, lagi macam-macam masalah akan berlaku ke, kita tak tau, Allah maha mengetahui, setiap berlaku pasti ada sebab yang baik dan positive.Jadi aku mula mengambil perkara ni sebagai satu perkara yang positive.Apa-apa pun, benda yang lepas tak elok dikenangkan lagi.

Kepada korang yang mengalami situasi macam aku ni, nasihat aku simple je..sebelum korang nak set appointment dengan orang, pastikan orang tu korang kenal dan tahu latar belakang dia macam mana. Buat reasearch sikit pasal dia, mungkin dia ni kaki kencinng or suka mungkir janji, dah tahu semua itu, lebih senangla untuk korang tidak ditipu.Pastikan juga korang ada black and white untuk deal-deal macam ni.Apa-apa jadi korang boleh ambil tindakan..Lastly, jangan tension-tension, sebab tension ni tak best! Apa pun tak boleh nak buat. Muka pun jadi macam biawak yang mengharapkan kasih sayang seorang mak.hahaha

To be continue... :)






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...