Saturday 15 June 2013

Beginilah Malaysia sekarang..

Salam,

Malaysia tanah airku..
Tanah tumpahnya darahku..
Rakyat hidup bersatu dan maju..
Rahmat bahgia tuhan kurniakan..
Raja kita selamat bertahta..


Semua ini tinggal sejarah..Sekarang berubah sudah negara malaysia yang ku cintai ini.
Kerana terlalu tamakkan kuasa, harta dan darjat maka rakyat menjadi mangsa agenda politik mereka semua.

Kerana kebodohan kita, kita terpedaya dengan agenda meraka..Kerana tidak mengkaji, kita terpedaya lagi..Kerana mengikut orang, kita menjadi mangsa.

Kita lupa bagaimana dulu kita dijajah..
Kita lupa bagaimana dulu kita ditindas..
Kita lupa bagaimana dulu kita BERSATU untuk MERDEKA..

Kita mencapai kemerdekaan atas sebab bersatunya orang-orang Melayu di Malaysia serta berdiri teguhnya agama ISLAM pada ketika itu. Orang Cina, India, Dayak, Khadazan, Iban juga bersatu hati untuk memerdekakan Tanah Melayu ini.

Orang Melayu sanggup berkongsi Tanah Melayu yang dicintai ini bersama dengan bangsa-bangsa lain hanya kerana ingin mendapatkan KEMERDEKAAN.

Tapi sekarang, ada pihak yang ingin mempertikaikan hak mereka di Negara Malaysia ini.
Apa tidak cukup lagi apa mereka dapat di NEGARA ini?
Bukannya hendak menjadi racist, tapi cuba untuk fahamkan orang.
Kenapa perlu pertikaikan tentang perkara yang kita dapat percuma dari dahulu lagi?
Bukankah kita patutnya berasa SYUKUR kerana dapat berada di negara yang aman damai sebegini?

Kerana dicucuk oleh pihak lain, maka kita merasa tidak cukup dengan apa yang ada pada kita sekarang ini.
Kerana berasa marah dengan pemerintah kita mula berprotes dengan dorangan oleh pihak yang benci pada pemerintah.

Pernahkah kita fikirkan sejenak.Apa yang kita dapat jika kita berbuat demikian? Kita bersusah payah, orang lain yang mendapat nama. Ibaratnya, kita minum air kosong bersama meraka, apabila meraka dah berjaya, mereka mula minum ais blanded bersama-sama dengan kuncu-kuncu meraka dan kita masih lagi minum air kosong.

Kenapa mesti mengharapkan bantuan untuk membantu diri kita? Kenapa kita tidak fikir untuk membantu diri kita sendiri? Bukan semua yang PERCUMA adalah manis seperti madu. Disebalik batu pasti ada cacing yang hidup. Disebalik Madu pasti ada racun.

Fikirkanlah sejenak wahai sahabat-sahabatku sekalian. Alangkah lebih baik jika kita kekalkan keamanan dan kedamaian yang sedia ada sekarang. Alangkah bagusnya kalau kita boleh berusaha sendiri untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan.

Renungkanlah.. Jangan asyik nak mengharap pada orang sahaja.Jadilah seperti nenek moyang kita dahulu.Janganlah kita bergaduh sesama kita, tidak kiralah orang itu berbangsa apa sekali pun. Kekalkanlah keamanan negara yang kita sayangi ini.

To be continue... :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...