Thursday 27 June 2013

Mencari solusi ...

Salam,


Pernah tak secara tiba-tiba ada satu perasaan yang resah datang dalam hidup korang? Macam aku, aku mula merasa satu perasaan keliru dengan tiba-tiba. Aku seolah-oleh tak ada idea nak buat apa dengan hidup aku ni. Mula-mula aku rasa macam nak buat business construction, kemudian rasa mcam nak buat business trading, lepas tu rasa macam nak jadi agent hartanah dan last sekali rasa macam nak jadi freelance programmer pula.

Ok, untuk makluman korang semua, sekarang aku sedang menjalankan satu business bersama mak aku di Bandar Baru Bangi, Business ni mak aku punya dan aku ni lebih kurang diketogorikan sebagai orang penting dia macam  tu la(Orang kanan lebih-lebih kurang macam tu..)   

Business yang aku tengah jalankan ni berkonsepkan stockist. Stockist ni menjalankan business berasaskan FASHION(senang cite butik la).More to women fashion. Company French, Product pun French concept and material semua import. Senang cerita product semua ok la, no problem.

Satu masalah yang aku hadapi sekarang, aku kena handle business yang melibatkan perkara yang paling aku tak minat. Salah satunya berada di satu tempat seharian.!!! Aku bukannya tak suka duduk setempat, tapi aku rasa cepat bosan bila aku melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali.

Tapi, ada benda yang aku suka lakukan berulang kali antaranya programming. Yess, programming!! Macam buat website, design website, godam NOTE 2 aku, dan main game. Senang cerita, Apa-apa perkara yang melibatkan computer,gadget, IT memang aku minat belajar dan godek.

Jangan nak anggap aku ni programmer PRO ke ape ok. Aku ni cuma seorang programmer yang sangat-sangat noob lagi. Banyak lagi yang programmer pro-pro kat luar sana. Jangan nak PM aku suruh aku buat website untuk korang. Belum bersedia lagi.hahaha. Banyak lagi yang aku tengah belajar sekarang.

Tadi aku buka youtube, lepas tu aku search what should i do?? lepas tu, aku terjumpa satu video yang sangat menarik. Apa yang aku ingat, ada matsalleh tu cakap dalam video dia, "just do what you love, it will make you feel better..." Lepas aku tengok je video tu, aku mula rasa macam nak jadi programmer!Sebab bidang IT adalah minat aku dari dulu lagi.Pada masa yang sama, aku boleh tolong mak aku run business sekali. Mungkin aku akan tolong mak aku dengan online marketing!

Dengan cara ni aku boleh buat benda yang aku minat dan pada masa yang sama aku boleh tolong mak aku sekali!yeay!!! win-win situation!!!!!

Pada waktu terluang, aku boleh tulis blog dan buat video lepastu cari populariti murahan kat youtube!hahaha. Seronok tulis blog ni,cuma kena ada masa yang sesuai untuk menulis(actually menaip..)


Akhir kata, itu  jela yang aku nak story kat korang semua yang view blog aku ni(kalau view la..).Aku juga harap viewer blog aku ni bertambah la dari masa ke semasa insyaALLAH.. Sapa yang follow aku, aku akan follow balik, dont worry k. INI PASTI BUKAN JANJI..hehe



To be continue...:)

                                                                                                                                                    

1 comment:

  1. My bos always said ..... if you doing something you don't like, just enjoy with it... Day by day, you will feel better..... It's all about our mind.. Open minded... Positive thinking.... Lastly..... never giving up.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...