Saturday 22 June 2013

Cara mengambil tindakan..

Salam,

Bayangkan anda mempunyai 2orang pekerja yang menjadi tumpuan kepada anda.
Satu OK, satu lagi XOK. Apabila yang OK itu datang menghampiri anda untuk mengadu tentang pekerja yang XOK itu kepada anda.


"Boss, saya tengok Samad curi tulang la masa kerja boss.Kerja yang boss suruh dia buat tu semua dia tak buat, dia suruh orang lain yang buat."



"Biar betul, takkanla samad buat macam tu pula, saya tengok dia OK je."



"TENGOK memang la OK boss, Boss tengok dari mana? Saya tengok depan mata saya boss".



"Saya dengar orang cakapp dia bagos.." :)

"Dengar memang la semua bagos Boss, tapi realiti lain Boss, saya ingat Boss buang jela Samad tu Boss, Saya pun boleh buat kerja yang dia buat tu"

Tips untuk BOSS-BOSS or Manager-Manager diluar sana:

1) Jika anda ada mendengar sebarang aduan daripada pekerja anda tentang perkerja lain, pastikan anda membuat kajian tentang kesasihan aduan itu terlebih dahulu.

2) Pastikan anda sendiri yang mengumpul bukti mengenai aduan itu.

3) Jangan terus percaya pada setiap aduan tidak kiralah aduan itu dibuat oleh orang yang anda percayai, sebab everyone tells lies..

4)  Munngkin aduan yang dibuat itu ada udang disebalik batu, jadi sebelum mengambil tindakan, pastikan anda 100% yakin dengan tindakan yang anda  akan lakukan itu.

5) Buat pemerhatian kepada pihak yang membuat aduan itu sekali, kadang-kadang orang yang mengadu ni lah yang lakukan perkara sebegitu.

Jadi, setiap perkara yang kita lakukan pastikan kita tidak membuat satu kesilapan yang besar, kerana setiap tindakan yang kita lakukan akan memberi impak kepada seseorang mahupun apa yang bakal jadi pada masa akan datang.Sentiasa mengumpul bukti dan buat sedikit penyelidikan terlebih dahulu sebelum bertindak.

To be continue... :)











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...