Thursday 20 June 2013

Tips untuk break emergency ...

Salam,

Tadi admin baru sahaja excident langgar belakang kereta orang di depan UKM Bangi..Alhamdulillah tak ada apa-apa kecederaan berlaku..:/
Kelajuan kereta admin masa tu cuma 50km je sebab waktu tu hujan..Jarak antara kereta admin dengan kereta yang admin terlanggar tu dalam 50m..(Agak jauh gak la)...

Tapi tak tahu macam mana, boleh berlanggar juga.Bak kata orang, malang tidak berbau macam tomyam,tomyam ada la juga baunya..haha.. Mengikut pemerhatian admin selepas pelanggaran baru admin tahu apa silapnya..


Ini antara  faktor yang admin dapat tahu..
1) Waktu tu hujan, jalan licin
2) Tayar admin dah expired (tayar mati)
3) Break dengan cara yang salah

Soo admin ada sedikit tips untuk korang semua, mana la tahu kot-kot nak terkena kat korang ke..Admin tak doakan, tapi kita mestila berjaga-jaga sebelum terjadi perkara yang kita tidak inginkan berlaku, betol tak?

Tips-tips untuk break dengan betul:

Jangan tekan break FULL teros, bila kita nampak kerata hadapan kita break emergency kalau boleh kita bagi lampu tinggi dan break sedikit sedikit.. 

Soalan:
Kenapa kena bagi lampu tinggi dan tekan break sedikit-sedikit?

Jawapan:
Lampu tinggi ini untuk beri amaran kepada kerata hadapan kita yang kereta kita sudah menghampiri kereta dia.
Break sedikit-sedikit ni tujuan dia untuk memberi cengkaman break tu lebih lekat pada break pad dan ia boleh mengelakkan daripada kerata kita mengelincir ke depan..Ada kena mengena dengan hukum fizik juga la..Yang tu korang kena kaji sikit kalau nak tahu lebih mendalam..

Apa-apa pun, pastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik setiap masa, lagi-lagi break! Tayar pun main peranan penting juga.Pastikan tayar anda masih ada bunga dan tidak expired macam tayar admin..

*Tayar expired ni tayar yang dah tamat tempoh..Pada setiap tayar ada tulis sampai bila jangka hayat tayar tu boleh dipakai*


         (Nampak tak ni 4509 tu?? 09 tu mewakili tahun hayat tayar tu boleh digunakan)

To be continue... :)


3 comments:

  1. lebih berhati hati bawak kereta lepas ni ye XD

    ReplyDelete
  2. Mesti2...Utamakan keselamatan anda.. :)

    ReplyDelete
  3. yes bro... pengalaman sy selama memandu ni, kalo ade emergency di hadapan brek di tekan berulang kali sebaik-baiknya 3x, yg ke-4 baru tekan lama perlahan-lahan...kalao jalan basah jangan drop gear dalam keadaan laju, ni membolehkan tayar membuang akibat jalan licin....

    ape pun info awak bagus sebagai tips memandu untuk semua pengguna kereta dan jalanraya terutama dekat nak raya nanti ni, tentu jalan sesak.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...