Thursday 6 June 2013

Lupa ...

Salam.

Lupa..lupa...lupa... (admin pon lupa nak tulis apa)hehe

Lupa ni sebenarnya satu penyakit yang dipanggil "Alzheimer" ..

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Tapi untuk masyarakat belia macam admin ni, penyakit lupa ni biasanya terjadi sebab terlampau banyak berfikir pasal benda lain sampai lupa pasal benda penting yang patut kita ingat..

Antara sebab biasa kita lupa pasal sesuatu perkara ni kerana kita tak ambil peduli mengenai perkara tu..Bak kata orang tak ambik port langsong la macam tu..

Contoh: Tadi ada orang cerita pasal masalah dia dekat kita, kita tak nak dengar, jadi kita dengar pun sekadar sambil lewa saja sebab benda tu boring..Bila orang tu soal kita mengenai cerita yang dia cerita tadi, mesti kita tak boleh nak jawab..


Soo, conclusionnya..penyakit lupa ni biasa la untuk semua orang..Cuma lupa yang melampau tu yang agak bahaya untuk kita..Tu dah jadi macam penyakit Alzheimer..

Nasihat admin untuk tidak lupa..Cuba ambil perhatian terhadap semua benda yang berlaku...Insyaallah kita tak akan mudah lupa..Makan kismis hari-hari pun ok gak, sebab kismis banyak zat-zat bagus untuk otak kita... :)

To be continue... :)




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...