Wednesday 12 June 2013

Reaksi muka manusia...

Salam,

Hari ni saya baru sahaja melalui satu saat yang amat menyakitkan hati...
Ceritanya macam ni, tadi ada seorang customer datang ke kedai saya untuk membeli barang..
Saya pun layan la customer tu.. Dengan secara tiba-tiba saya merasakan satu perasaan yang amat menyakitkan hati...


Nak tahu ape sebabnya?
Sebabnya adalah kerana customer tu buat muka masam gile sambil mengarah-arah saya untuk ambil barang-barang yang dia kehendaki... (Memang la bak kata orang, customer is always right, but kita as a human being kena la ada rasa berhati perut sikit sesama kita ni betol tak? Jangan la nak layan orang macam orang tu macam macai dia je... Semua manusia ada perasaan kan?? Kucing pon ada perasaan..ikan pun sama juga..Manusia apa tah lagi...


Tapi ingat pada nasihat mak saya, mak saya pernah cakap "Sabar jela dengan customer tu alfie, customer tu yang akan bagi income dekat kita" Sebabkan nasihat tu, saya pun bersabar jela menahan perasaan hampir satu jam... (satu jam tu...bukan satu minit tau)

Sejam dah berlalu, akhirnya customer tu menamatkan drama petang-petang dia di kedai saya dan membeli beberapa barang dari kedai saya.. (Alhamdulillah la.....)

Jadi setelah saya bermuhasabah diri baru la saya dapat moral of the story yang terjadi pada saya hari ni..

moral:
1) Customer always right, walaupun dia salah...

2) Customer give people income, walaupun kita tak suka, jadi kena hadap la dengan hati yang terbuka..

3) Sabar dalam berurus niaga, kerana sabar itu sebahagian daripada iman..

Perniagaan memang banyak dugaan, yela 9/10 punca rezeki datang daripada perniagaan, 1/10 daripada pekerjaan, soo 9/10 la dugaannya..betol tak??

Nasihat saya senang je.. Happy-happy la selalu.. Amalkan cara hidup ceria dan sihat... :)

To be continue... :)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...